BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
:: THANK YOU FOR YOUR VISIT :) ::
KISAH CINTA BUDAK COMOT & BUDAK MATA EMPAT
GARDEN SAKURA WEDDING VS GREEN GARDEN WEDDING
DAN APABILA BUDAK COMOT PERASAN DIE COMEL....
MANAKALA SI BUDAK MATA 4 PERASAN DIE MACHO....
MAKA....

2009-12-23

SIKAP

Bercerita tentang kehidupan membuatkan aku lebih tenang untuk berfikir. Jauh fikiran ini berlari sehingga hampir sampai ke puncak jawapan persoalan yang ku cari-cari selama ini. Rindu pada sebuah kenangan, satu lumrah, ku yakini kalian juga tak akan dapat melupakannya semudah biasa. erm... mengeluh? bukan mengeluh... tapi cuba mengetuk kembali memori yang telah tercipta agar dapat ku lihat jelas warna kehidupan sebenar dikotak fikiran ini.



Dalam hidup kita lalui pelbagai jalan, adakalanya kita kecewa takkala menyusuri jalan itu & ada kalanya kita ketawa riang. Tapi awas!!! jangan pernah lupa ketawa itu boleh membunuh hati. sebaliknya senyum itulah yang terbaik...



Salah menafsir seseorang? ya... situasi itu wujud... pandangan ku secara mendelam & agak kritikal tentang perihal ini. Maaf, diriku tak berniat untuk mengatakan apa-apa yang negatif cuma hendak membawa jauh sebuah titik persoalan yang seharusnya sama-sama kita kembangkan jawapannya agar konklusinya dapat dijadikan sebuah nota rujukan penting dalam hidup



memetik kata-kata seorang teman


''eee... aku geram betol la, muke je baik, cakap tentang agama macam expert walhal copy paste je"



Tersenyum sendiri aku melihat bebelannya. Persoalan yang ingin kubawa layakkah kita menilai kebaikan seseorang itu & budi pekertinya hanya sekadar melalui sebuah kata-kata?


Jawapannya : tiada



Aku tidak berhak memberi jawapan, tapi sekadar menggarap kupasan spekulasi ini. Cuma bagiku, aku tidak mudah meletakkan kebaikan seseorang hanya sekadar melihat dia bercakap tentang agama, berwajah baik mahupun sebagainya. Penilaianku tentang 'sikap' terlalu telus. Cukuplah sekadar sebuah konklusi disini. 'sikap manusia sesuatu yang tersembunyi'. SELONGKARLAH!!!

0 comments:

~ FA.RA~hana's CLICK ~