BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
:: THANK YOU FOR YOUR VISIT :) ::
KISAH CINTA BUDAK COMOT & BUDAK MATA EMPAT
GARDEN SAKURA WEDDING VS GREEN GARDEN WEDDING
DAN APABILA BUDAK COMOT PERASAN DIE COMEL....
MANAKALA SI BUDAK MATA 4 PERASAN DIE MACHO....
MAKA....

2011-01-25

PERANG VOTE KINI BERMULA


DENGAR SINI SEMUA ORANG KAMPUNG

PERANG VOTE SEDANG BERMULA

UNDILAH SEIKHLAS HATI

INGAT!!! UNDI ADALAH RAHSIA.. HIHI :)

layankan cerita peserta ke 37!!! jom serbu blog CST!!!

2011-01-24

INVITATION KAD


I memang teruja sangat dengan kad2 sebegini rupa…

Agak-agak mana paling lawo?

Yang bamboo ni I suke sebab I ingat nak letak calendar belakang invitation, then incik tunang kate

No need dear, susah nak pos.. abis tu, kipas tu senang ke nak pos dear oi? huhu

So I mengalah la sebb incik tung nak sangat kad kipas cam ni..



Nak tempah di Malaysia omg mahal

Then we decided untuk tempah kat indon

Gune shipping laut je hoke.. murah!!! Hihi

Masih dalam proses menfinalizekan tarikh sebelum menempah

Still ade dalam 2 bulan lagi , paling last pon kad akan ditempah on march…

Kad tu akan diletakkan uncang … map akan diprint pada paper biase…

Tengah merancang2 samada kad itu ditempah pada kawan incik tunag, (dulu kawan incik tunang study di msia, sekarang da balik indon) atau tempah dengan seorang akk dari Gombak (cenderahati walimah murah)

Kos keseluruhan dalam RM1.80-RM2.00

Tapi I penah terpk nak buat kad kawen sendiri macam ni… agak2 praktikal x kat mesia bagi invitation macam ni? I nak cetak sendri wedding invitation I nanti macam ni … how ek? Ok x?


I memang nak sangat bagi sumting yang people xbuang n akan simpan sampai bila2 even kad kawen…

Hurm… ~ ok ke x ok ye?

2011-01-21

PELAMIN CANTIK~

i rase banyak sangat benda yang i xprepare lagi..sob..sob2 :(
bz nye life sampai xcukup tdo, kpla suda pusing pk 'itu..ini' ayoyo

ok i xdapat nak tulis panjang-panjang, just nak beritahu kat JB skang ade pameran dunia raja sehari (20.1.2011-30.1.2011)

pelamin yang ade semua meletop2.. ni yang buat i xsabar nak balik JB n tengok depan mate...

nanti i amik gambo banyak2 n upload k u oll!!! teruja tgk gambar dekat fb mereka... fuh!!!





pelamin by ASTANA BRIDAL



Pelamin by BRIDAL KAYANGAN

2011-01-18

CONTEST SWEET COUPLE


CONTEST SWEET COUPLE

SYARAT-SYARAT
1. Jadi follower belog comot cik ana at www.adorableana.blogspot.com
2. Letakkan banner pertandingan di side bar blog anda
3. Beritahu saya apa perkara paling sweet pernah si dia lakukan buat anda. (penceritaan terpulang kepada kreativiti samada melalui esei,video,gambar,nyanyian dll)
4. Tarikh tutup penyertaan = 27.01.2011 pukul 11.59 p.m
5. Hantar penyertaan anda kepada saya di email = loveliest.pinkheart@yahoo.com


HADIAH BERUPA :

 
Tempat pertama
large plate dengan cetakan gambar anda & pasangan & bunting perkahwinan

Tempat kedua
  medium plate dengan cetakan gambar anda & pasangan

Tempat ketiga
 mini plate dengan cetakan gambar anda & pasangan


Next time I akan buat lagi contest yang gempak2 ok.. ni saje nk test market dulu & tambahkan kenalan
I mint berblog, tapi my life terlalu bz. Serius super duper extra vaganza bz :(
~~~~~~~~~~~~~
So I hope dengan cara ini, I dapat merapatkan ukhwah dengan u oll n kite boleh berkongsi-kongsi pendapat. Luv u oll :)

BERITA GEMBIRA+TERGEMPAK!!!

CONTEST EXTAND SEHINGGA 06 FEBRUARI 2011:11.59 AM

2011-01-08

Contest "What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR


Contest "What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR

by CST PRODUCTION on Friday, January 7, 2011 at 2:30pm


Objective

- Bagi meluaskan lagi konsep dan idea-idea yang dibawakan oleh CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.


Tumpuan

- Para blogger, para facebooker,



Bagaimana utk menyertai
- Tukarkan picture profile anda kepada picture profile sama seperti CST PRODUCTION dan LYNDARAHIM KUALA LUMPUR sepanjang contest ini berlangsung (6 Jan - 20 Jan 2011)
*Picture profile boleh di download dari www.cstproduction.com/contest
*Jangan lupa setkan thumbnail picture profile anda kepada gambar chili merah tu. lihat panduan pada profile CST.
- Updatekan status anda kepada "What's Hot is Gettin Hotter" dan tag kan CST PRODUCTION & LYNDARAHIM KUALALUMPUR
- Pilih salah satu tajuk di bawah dan olahkan secara paling creative di dalam blog anda atau facebook notes:
1) My Dreams "Wedding". (anda boleh ceritakan konsep wedding yang anda impikan)
2) My Dreams "Love Story". (anda boleh ceritakan jalan cerita cinta yang anda impikan / kisah benar anda)

- Dan diakhir penulisan, letakkan logo CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR beserta link ke www.facebook.com/cstproduction & www.facebook.com/LYNDARAHIMKUALALUMPUR    
- Logo boleh download di (www.cstproduction.com/contest)   
- Kemudian emailkan penyertaan anda kepada cstproduction@gmail.com
1) Nama anda
2) No Tel anda
3) Facebook ID anda
4) Link entry blog anda / link entry facebook notes anda
5) Tarikh Majlis anda (Jikalau berkaitan)

Hadiah?

- 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo & video (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc... )
- 1 set wedding Dress Bride & Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.
- Hadiah ini valid sehingga 1 Jan 2012 sahaja.
- Hadiah boleh di tukar milik.



Siapa yang boleh join?

- Sesiapa yang mempunyai blog dan facebook yang meminati hasil kerja CST & LYNDARAHIM.
- Sesiapa yang ingin berkahwin.
- Sesiapa yang ingin menghadiahkan hadiah utama ini kepada kwn2 atau adik beradik. 



Pengadilan

- Pihak kami akan memilih pemenang berdasarkan penceritaan yang menarik dan voting dari para pembaca. 70% daripada voting & 30% daripada Juri CST & LYNDARAHIM. 



Tarikh Tutup penyertaan

- 6 Jan - 20 Jan 2011 (Penyertaan)
- 21 Jan - 31 Jan (Online Voting)

Sebarang pertanyaan

- Hubungi 0341050843


*Now you can start Dreams for Something.. GOOD LUCK.. 



SO,ape lagi u oll..join la ye.. 

anyone can join..seriusly!!! i da tagged my friend untuk war-warkan pada mereka


__________________________________________________________________________________

WEDDING DREAMS


I sebenarnya malu nak btau u oll my wedding dreams…ye la nanti u oll kate I kuat berangan..malu u..hihi…
 xtually macam bertepatan pulak
Dengan persiapan perkahwinan I yang xseberapa nak siap lagi….
I dengan family decide the

SAKURA AMORE wedding theme



(cherry blossom) 桜 花見


U oll, tolong la percaye ianya bukan sebab I terpengaruh dengan cite doraemon
Mahupun cerite shin chan
Akan tetapi ianya lahir dari hati yang tulus dan suci gitu…
Since dulu2 lagi u oll I nak buat theme sakura… huhu
Tapi xdela grand bagai ok….i xmampu ok… huhu
Adela yang I da prepare sikit2… yang lain2 tu yang I nak day dreaming jek la….
Adalah dengan ini saye mengisytiharkan jeng2….
Cerite dibawah telah ditambah sedikit motip berangan, motip suspen, motip bunge2 cinte dan motip2
Yang sewaktu dengannya bagi menambahkan ke’beranganan’ story wedding dreams
Tuan empunye badan..huhu
Korang sekarang marilah kite pejam mata dan bayangkan…



1.      PELAMIN

Dekat pelamin I nanti ade kolam ikan k,,, sekeliling gitu, ye la kan japanese fofular
Dengan ikan koi, tapi I nak letak anak ikan koi je la,, yang come2 n kiut2.. kang kalau letak bapak n mak ikan koi abis melompat2 mereka atas pelaminan I,, huhu… then bench I nak kayu putih, ala2 taman gitu, bunga sakura I nak menghiasi setiap sudut pelamin I,,, bia cantik :P tambahkan dengan bantal-bantal kecil di sudut pelamin bagi menambahkan kecantikan pelamin n xlupa!!! Payung ok… payung jepun… I siap da beli lagi u oll..RM7.90 sahaja… murahkan? Adoyai…. Memang teruja mase beli tu, I da trbayang2 pelamin I nanti.. huhu :p





kredit : Reka Teemor
2.      DEKORASI SELURUH KANOPI
Decoration I nak pink n hitam…. I nak kipas diletak diatas meja siap bersama vase berisi bunge sakura yang tinggi2 macam ni, tapi xnak la tinggi sangat,,, nnti audience xnampak i..rugi u xnampak i.. hihi :P cet… poyo.. then walkaway op coz bunge sakura k,,, bunge sakura di letakkan didalam vase dan disusun menyusuri jalan,,, yang beshnye kite tambahkan juraian Kristal agar lebih anggun menyerlah… the whole kanopi akan digantung dengan lantern pink and paper craft… wah!! Kasi blink2 sikit kanopi tersebut ok dengan lampu lip lap… hihi (*senang dari jauh orang nampak rumah I :p) & paling penting ok... gambar i n incik tunang yang diletakkan di frame seperti di bawah..hihi guest book corner mesti ade ok, semua yang datang boleh tulis/conteng2 apa2 madah /kata-kata semangat untuk i mengharungi alam 'baru' hihi... nanti i akan letakkan deco bunga sakura & gambar2 i n incik tunang yang i cetak terus ke atas tiles..nantikan!!!






guest book corner
3.      MAKANAN DAN MINUMAN

i sajikan sushi kepada anda dan tidak dilupa makanan yang berkukus,,, macam nasi dengan ikan stim, ayam stim dll huhu Baik untuk kesihatan lagi… Disamping itu desert i tempah taufufa gitu, ade juga cup cake bentuk bunga sakura… air? Ade pelbagai jenis air.. teh... (ala2 jepun) kathira, longan dan soya

nanti we all (i n incik tunag akan minum teh ala2 jepun gitu)
wah...


then baru potong kek ok...

kek… op coz design macam ni ok… see2..bunge sakura tetap dihati…


4.     BUSANA PENGANTIN

I suke dress yang simple tapi cantik, xnak terlalu crowded, to me less is more..hihi bukan ape, nanti xdela membazir baju I tu, boleh la I pakai pegi dinner ke? ape2 event ke? Betul x? reuse dear… for sure dress tu kene warna pink… dan for groom kemeja dengan blazer hitam like this... kalau bole ade style kimono sikit untuk baju I nanti… my family & relatives pulak akan pakai baju warna pink purple & black... so xde la same dengan i nanti... lain sikit..ye x? hihi

'Datin Lynda Rahim touch' cantik u oll!!! terpegun




mari kite tepuk tangan untuk Datin Lynda Rahim kerana baju yang cantik ini ok :)




5.      SEGALA JENIS BUNGA (BUNGA MANGGAR /BUNGA PAHAR/BUNGA TANGAN)

Bunga Manggar I nak dililit dengan bunga sakura… so dari jauh Nampak macam pokok sakura … di hujungnye letak la gula2… budak-budak memang suke berebut bunga manggar ni kalau ade gule2… teringat lagi mase I kecik2 hihi (salah seorang yang berebut bunge manggar :P)

Bunga Pahar I buat sendiri u oll… gunakan cecair dip n kite buat ala2 bunge sakura, letak sikit juraian Kristal bia cantik ok…

Bunga Tangan I nak bentuk kipas sejibik macam ni…. Eh salah… sebijik… lain dari yang lain kan?  so hopefully my bridal dapat realisasikannya.. using kain net as the fan decoration memang menambat hati i… cume flower  kene ganti pink colour..






6.      TARIAN
Persembahan oleh adik-adik comel lote yang menari tarian kipas, bukan setakat zapin je ok… mereka akan menari bersama kipas dan riben bagi menyerikan lagi majlis… huhu

7.      KAD UNDANGAN PERKAHWINAN

Kad ditempah dari indon bertepatan dengan theme sakura amore, bentuk kipas
Unik dan cantik…. Layan gambar di bawah.. zas…


8.      DOORGIFT

Oleh kerana susah nak dapat doorgift theme sakura di Malaysia ni, I akan cetak theme di atas porcelain yang akan dipersetujui kelak.. xnak la tepek kat sini gambar doorgift tersebut,, nanti xsuprise ok..hihi korang layankan je gambar di bawah yang sekadar hiasan ini,,,hihi




9.      PERARAKAN PENGANTIN LELAKI

I nak pengantin lelaki datang dengan beskal… u oll penah tgk x cite winter sonata? Sweetkan? I nak macam tu la…  romantikkan? Kat belakang beskal ade digantung tin-tin kosong.. maka akan berbunyila ‘gedengan gedengung’ takkala incik apex mengayuhnye..tidak dilupa ditampal papan tanda ‘BARU KAHWIN DA..’ hihi pastu mase perakakan menuju pelamin pasang lagu jepun yang tangkap leleh… so romantik.. hihi


10.  PHOTOGRAPHER & VIDEOGARPHY

Pre wedding I nak buat theme sakura, prefer gambar diambil di tempat lakonan lagenda budak setan tu..cube teka..aha… tempat yang pemes tu.. yang ade pokok sebatang tu..yup… kat situ k… nanti I suruh my photographer edit bia nampak ala2  pokok tu pokok sakura..hihi… payung tidak dilupa..i da beli mahal2..RM7 hinggit I kene la gunekan untuk menambahkan kesakuraan gambar..ngee  :p  then bunting akan menggunakan gambar ala2 sakura tersebut…. hihi

Wedding photographer I nak gambar yang menampakkan the whole majlis dari awal hingga akhir, semua family,sanak saudara,rakan-rakan, tetamu, jiran dll akan diabadikan memori bersama mereka pada hari bahagia itu..hihi

Videography- korang pernah berangan2 xnak jadi macam pelakon jepun? Perasan x? cite cinte mereka super duper best,,, boleh nangis wo tgk cite jepun or korea… I am dream of a videography macam Japanese love story… cube bayangkan macam ni…





i know cst is the best for this
i paling suke vdeo dalam air... klass!!! i xpndai berenang..
so berangan2 jek la ye...

see..lawakan vdeo tersebut,super duper hebat..hihi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TAMAT SUDAH DAY DREAMING SAYE..huhu…


To CST n Datin Lynda Rahim thanks sebb organize this contest… saya akhiri karangan saya dengan serangkap pantun

 SAKURA WEDDING THEME DAKU BERANGAN-ANGAN


YE LA KAHWIN KAN CUME SEKALI

TERIMA KASIH KERANA ANJURKAN PERTANDINGAN

MUDAH-MUDAHAN KALIAN DILIMPAHKAN REZEKI

ya Allah ape kejadahnye xsedap  betol pantun i buat..sory u oll... hihi... k la xmo berangan da.. nant tumbuh banyak jerawat i..ngeee :p

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERANGAN... hihi

 DO search them now!!!


 http://www.facebook.com/cstproduction

CST PRODUCTION

CST PRODUCTION adalah peneraju industry Videography DSLR. CST PRODUCTION menyediakan servis videography untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan, video klip, ‘save the date’ korporat dan pelbagai lagi. Mereka membawakan kepada anda dimensi baru dalam skop seni videography. Berminat dan teruja untuk mengenali mereka? Antaranya: Rosli, Zabidi, Al-fahim, Syahir, Rifaeei,Saiful,Hayat, Mukhriz, Suhaida dan lain-lain


Nah info menarik buat anda tentang mereka boleh diselongkar di website berikut :

www.cstproduction.com

http://cstproduction.com/media

http://www.facebook.com/cstproduction

http://cstproduction.blogspot.com/


EMAIL:

sales@cstproduction.com



Information:

info@cstproduction.com



Office:

03-41050843

Monday - Friday

10am-10pm (by appointment only)




http://www.facebook.com/LYNDARAHIMKUALALUMPUR



Mengenai Datin LyndaRahim


DATIN LYNDARAHIM KUALA LUMPUR ialah seorang pereka fesyen pakar di dalam industrI perkahwinan. Datin Lynda membuat keputusan memulakan perniagaan menyediakan busana pengantin moden. Sebelum memulakan perniagaan, beliau melihat bahawa busana pengantin dimalaysia kebanyakannya berkonsepkan tradisional dan tidak sofistikated. Oleh itu beliau menciptakan kelainan dengan memulakan perniagaan ini, beliau memulakan perniaggan bersandarkan kepada pengalaman dan contact beliau didalam industri fesyen dengan rekaan fesyen busana pengantinnya sendiri.

Datin Lynda mebuka butik mewah pada tahun 2008, memperagakan koleksi baru busana pengantin. Sentuhan yang elegan, kemasan halus dan perinci dan kesegaran ideanya telah mendapat sambutan hangat dari pelanggan-pelanggannya. Lahirlah seorang superstar pereka busana pengantin dan nama LYNDARHIM KUALA LUMPUR kini terpahat di bibir setiap gadis yang bakal menjadi ratu sehari.

Kini, Datin Lynda adalah designer tersohor dalam bidang busana pengantin. Beliau telah mengembangkan bisnes dengan menyediakan juga penghiasan barangan Hantaran dan juga rekaan dan dekorasi Pelamin. Semuanya dengan sentuhan gaya mewah dan sofistikated.

Busana pengantin beliau menjadi pilihan setiap selibriti. Koleksi busana pengantin LYNDARAHIM KUALA LUMPUR telah dipakai oleh Sari Yanti (aktres dan personaliti TV)  Yatt (model, personaliti TV dan juga aktres) Serina (selebriti) dan Elyana (penyanyi dan pelakon).


Busana pengantin Datin Lynda boleh di dapati di Butik Unggul beliau di P-1-3, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas


Kuala Lumpur, Malaysia,

+603 62111686
Website: www.lyndarahim.com/blog@lyndarahim.com


~ FA.RA~hana's CLICK ~