BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
:: THANK YOU FOR YOUR VISIT :) ::
KISAH CINTA BUDAK COMOT & BUDAK MATA EMPAT
GARDEN SAKURA WEDDING VS GREEN GARDEN WEDDING
DAN APABILA BUDAK COMOT PERASAN DIE COMEL....
MANAKALA SI BUDAK MATA 4 PERASAN DIE MACHO....
MAKA....

2010-11-14

Our true love story {CST PRODUCTION}


" Aku tak mampu menolak takdir.. percayalah... "


" Inilah namanya cinta & airmata, dulu aku umpama pemandu di
jalan tanpa penghujung
penuh onak & ranjau berliku''


Aku mengenali si dia tanpa sengaja dengan linangan airmata…







Bila bercerita tentang pertemuan kami, aku mula menarik nafas dalam-dalam. Semoga aku terus diberikan kekuatan olehNYA. Cinta & airmata, itulah frasa yang mampu aku ungkapkan.
Aku selak kembali lembaran kisah lalu, sayu , sedih, kecewa? Ya Allah apa yang aku rasa ni? Apakah aku yang bersalah ya Allah? Saban waktu aku terfikir akan semua yang telah berlaku. Dan saat aku masih menaip di skrin pc HP ini, aku masih keliru & aku sentiasa berharap dan terus berharap, semoga insan di luar sana mengerti . Memang susah hendak diluahkan dengan kata-kata, tapi berilah aku peluang menjernihkan kekusutan dan persepsi negatif kalian. Sumpah! Aku bukan seperti itu.


Hidup ini memang tidak pernah lari dari ujianNYA….




Ku selak lembaran pertama diari 2008, saat itu aku punya pacar bernama Z.Cintaku hanya untuknya. Sungguh, aku xbohong,dia seusiaku. Cinta kami hadir tanpa diduga, dan aku cuba menjaganya dengan seluruh hatiku …
Danamin (M) Sdn Bhd, disitulah mulanya, takdir yang telah terpatri buatku, xkan mampu untuk aku mengikisnya.Allah lebih mengetahui akan apa yang terbaik buat hambanya.
Aku diterima bekerja sebagai penolong akauntan disitu, bermulalah lembaran baru buat Siti Farhana, gadis mentah awal 20-an yang baru saja menamatkan pengajian di UiTM Terengganu. Bertemankan doa & restu mak, aku tetapkan tekad mahu membantu keluarga, apatah lagi aku anak sulung. Kasih sayang pada Z selalu bersemadi dihati walaupun aku hanya berjumpa Z sebulan 2 atau 3 kali. Seperti yang sudah aku katakan, aku disini mengenggam tekad untuk mencari pengalaman dan mengejar impian.
Minggu orientasi pekerja baru bermula , aku berbaju ungu berbunga oren sudah bersedia dengan pena dan buku nota, Harry pula sibuk membalas sms sambil kadang-kala matanya melilau melihat trofi & sijil yang diterima oleh syarikat tempatku bekerja antaranya dari petronas, carigali Hess dan pelbagai lagi.




‘krek…’ pintu dikuak…
Seorang wanita dengan senyuman manis masuk ke dalam bilik latihan sambil ditemani seorang jejaka cina.
‘’ Assalamualaikum semua, nama akak kak kina, akk jaga HR & Admin ye kat sini’’ lembut pertuturan wanita bertudung itu.
‘’ Saya Mohd Razis, panggil Razis je ye, MIS Exec kat sini’’ lelaki berbaju biru muda itu memperkenalkan dirinya.
La… melayu rupanya, ingatkan cina. Razis memberikan penerangan tentang Danamin sambil matanya fokus kepada slide yang dipaparkan,Sekali sekala, Kak Kina mencelah dengan memberikan informasi tambahan yang dirasakan perlu untuk kami berdua ketahui.
Kini… hari demi hari berlalu… Hubungan aku dan Z juga baik. Kahwin? Xmungkin dalam masa yang terdekat ini, Kan aku sudah bilang, aku mahu mengejar impianku terlebih dahulu. Z juga faham dan dia juga sibuk dengan kerjayanya. Setiap hari aku sentiasa berdoa agar Allah memberikan jodoh terbaik & terindah buatku yang dapat membahagiakan ku, ibu bapaku & seluruh ahli keluargaku didunia & akhirat. Kerjayaku sebagai penolong akauntan berjalan lancar, aku gembira ditemani kakak-kakak yang baik hati & sentisa mengambil berat terhadap diriku. Aku punya nama timangan tau! Oleh kerana aku paling muda disitu,aku dipanggil ‘DEQNA’ hihi.. Hary? Hihi dialah hero bahagian kewangan. Selalu aku menyakatnya kerana ada rahsia antara kami yang aku simpan. Apa dia? Opsss… kan namanya rahsia, masakan aku beritahu kalian.. hihi


Hari itu tidak seperti biasa….


‘’ La, kenapa pulak dengan UBS ni, macam mana nak key-in data?’’ aku mengomel sendiri
“Kak UBS saye problem la…. ‘’ Kataku kepada Kak Wana.
‘’Deqna pegi suruh Razis betulkan’’ jawab Kak Wana
‘’ OK kak :) ‘’
Aku segera menemui razis yang sedang leka mengadap pc nya, entah apa lah yang dibuatnya. Pelik sungguh keadaannya dengan kaki bersila di atas kerusi
‘’ Abang Razis, UBS saya xfunction la… tolong betulkan boleh?’’ pintaku…
“Ok, jap lagi abang betulkan ek, nnti abg remote PC ana dari sini ye ‘’ jawab jejaka bercermin mata itu




Tiba-tiba…



Notepad dan cursor ku bergerak sendiri…. Ha? Ada hantuke pejabat ni?
‘’ Hai ana… ,abg Razis ni, terkejut x? abang remote pc awak, so abang boleh gerakkan notepad & apa2 link dekt Pc awak dari Pc abg’’
‘’La ye ke? Terkejut gak… huhu… ingatkan ape tadi, macam mana UBS saye? Ok x? ‘’
‘’ Da ok da. Cepat belanje’’
‘’ Ala…. Saye budak baru, mane de duit, gaji pun kecik jek, lain la abang tu, gaji besar.. hihi. Abang la belanje’’
‘’ ok la nanti abang belanje… :)’’
‘’ Eh xpayah la.. saye gurau jek… :) apepun Thanks ye
Sabtu, 11.45 a.m
Notepad ku bergerak sendiri, kali ini aku sudah tahu angkara siapa, aku hanya diam dan melihat apa yang bakal tertulis di situ.
‘’ Ana… sini kejap’’ Razis
‘’ Ada ape?’’
‘’Sini la… abang ade benda nak bagi… ‘’
‘’ Ape die?’’
‘’ Hari tu kan abg da jnji nak belanje’’
‘’ iskh,,, xpela.. kan saya da cakap saya gurau je … Thanks ye’’

Masa berlalu pantas, jam kini menunjukkan pukul 12.30 p.m aku harus segera pulang, Z sudah menanti aku diluar pejabat. Hari ini aku akan pulang ke kampung. Rindunya pada mak. Aku menyusun langkah menuju pintu masuk, kedengaran suara seseorang memanggil namaku.




‘’ Ana… ‘’
‘’ La… abg Razis rupanya, ingtkan siapa tadi…’’
‘’ Ni ha double cheese burger untuk awak, kan abang da jnji nak belanje… Lagipun abng belanje 1 department abang…”
Ha…??? Double Cheese Burger, macam mana dia tahu aku suka burger tu?
Iskh.. kebetulan…


‘’ Ok, tq ek.. saye nak balik dah ni.. Z da tunggu dekat bawah..’’

‘’ Ok …”

‘’Sape bagi awak double cheese burger ni?”

‘’ Abang office, die belanje 1 department die.. die kan baru balik Dubai, mayb ade banyak elaun die dapat kot…”

‘’ Xpayah panggil die abang boleh?”

‘’ Awak ni… kenapa nak marah saya? Semua orang tau saye da ade awak, saye hormat semua orang yang lebih dewasa,plz… jangan cemburu buta”

Menerawang jauh aku saat itu… Tanpa ku sedari air mata ku jatuh berderai. Semakin lama semakin laju deraiannya. Luka ditangan nampak berdarah, tapi luka dihatiku? Tak akan ada siapa pun yang tahu… Ku biarkan airmata membasahi pipi… Biarkan ia terus mengalir seperti retaknya cintaku yang xakan mungkin tercantum kembali.









‘’ Dah la… kalau Razis tu nak sangat kat awak, kita putus!!! Paham???!!!” bentak Z

“Awak.. kenapa cemburu buta awak ni menebal sangt? Kan saya da kate… die & sye xade ape2, sekadar Officemate, macam mane la saye nak bgatu awak lagi ni? “

‘’ Habis tu SMS ni?”

“ Die Cuma mintak pendapat.. salah ke? Kalau awak sms dengan kawan prempuan sy ade marah ke? Yang penting hatikan? Ok la, saye akan letak jawatan sebagai bukti saye CINTAKAN AWAK!!! Muktamad!!! Jangan tuduh saya bukan-bukan lagi!”








Hari itu indah, tapi tidak seindah taman hatiku, segalanya bakal berakhir. Kerjayaku sanggup aku korbankan demi harga sebuah cinta. Longlai & kosong jiwaku, aku xmampu tersenyum pagi itu. Dengan tekad, aku rapikan sampul surat perletakan jawatanku.







‘’ Tok..tok..’’ Aku mengetuk pintu pejabat majikanku…

‘’ Boss…”

Aku hulurkan sampul surat putih kepadanya.

“ Apa ni Ana? Saya tak terima perletakkan jawatan awak…”









YA Allah…umpama halilintar membelah bumi, aku tidak mampu lagi menyembunyikan rawan dihati. Deras airmataku mengalir. Dugaan apakah ini ALLAH? Apa lagi yang harus aku lakukan demi harga sebuah cinta? Aku terlalu tersepit ketika itu, Tambahan pula F teman wanita Razis ada menghubungi aku, Sungguh.. aku bukan perampas, Razis juga begitu, dia keliru.

Bayangkan.. bercinta selama 3 tahun tapi xpernah bersua muka? Siapa yang mampu berdepan dengannya? Anda? Anda pasti anda sanggup? Cinta sekadar di alam maya? Aku kagum dengan kesetiaan Razis, Dia Cuma mahu mencari penyelesaian dalam jerat percintaannya & aku sekadar membantu. Tidak lebih dari itu. Tetapi aku & Razis dituduh curang.. Adilkah Dunia? Aku hilang arah.. Razis juga begitu. Tertekan dengan ‘fitnah’ dari insan yang hanya tahu menunding jari. Benar, kata-kata umpama mata pedang… Aku cuba menegakkan kebenaranku, dengan meletakkan jawatan, tapi takdir ILAHI menidakkan tindakanku.







YA ALLAH… Kenapa? Apa yang harus aku lakukan seterusnya?......

Sebelumnya,Razis ada meminta izin untuk datang ke rumahku, dia ingin memohon maaf sekiranya turut mengguris hati ibu dan ayah. Ibu mempersilakannya datang ke rumah. Razis menghalang aku untuk berhenti kerja. Aku hanya diam ketika itu.

Sudahlah Razis, jangan libatkan saya lagi dalam cinta kamu dan F. F & Z telah bertemu di KL & mereka tidak mahu kamu & saya berkawan. Kita mulakan diari baru… Saya akan bantu awak & F berbaik semula,Semua ini sekadar salah faham. Itu janji saya.








Takdir Ilahi menemukan F & Razis di JB, F sanggup datang ke Jb dari KL. Itulah pengorbanan F buat Razis. Aku biarkan mereka berdiskusi. Entah kenapa fikiranku tidak tenteram. Asyik terfikirkan sesuatu yang diluar jangkaan. F meminta agar Razis menjaga cinta mereka kerana F sedang memohon pekerjaan di JB, dia xmahu lagi berjauhan dengan Razis. Razis menghantar F pulang ke KL,kemudian dia pulang semula ke JB tanpa rehat.Perjalanan tanpa henti dan serta merta! Itulah pengorbanan Razis buat F. F yakin dia dan Razis akan bersatu kelak.







Aku? Aku tetap berhenti kerja, tapi bukan dalam masa terdekat. Aku mahu bina impian baru & lari dari semua ini, tambahan pula aku telah mendapat pekerjaan baru di Danga Bay. Puas juga aku merayu pada majikanku untuk berhenti. Akhirnya dia melepaskan aku. Hary pun sudah berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan sebagai guru. Z? Hubungan aku & dia sudah berkubur :(. Biarlah aku rawat sendiri luka ini. Razis? Dia mendapat pekerjaan baru di Putrajaya. Sukanya bukan kepalang. Alhamdulillah…







SMS dari Razis







“ Ana… secara jujurnya abg xtahu kenapa abg rasa macam ada sesuatu antara Ana & abg, tapi abg akan ke putrajaya, abg harap disini abng dapat jumpa F dan rapatkan hubungan kami semula”







“ Amin… xapa lah… dia jodoh abg, tu semua mainan perasaan je… semoga abg bahagia dgn F ye :)”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jujur selepas kejadian itu, aku turut merasakan ada 1 tarikan antara aku & razis, Tak mungkin aku juga sayangkan dia? Tetapi mak pernah beritahu aku sesuatu.







“ Along. Mak rasa jodoh along dengan Razis la…”

“ Iskh … mak ni… kan Razis dah ade F…”





Razis juga pernah menghadiahkan aku perfeum inspire, perfeum yang memang aku teringin hendak membelinya sejak praktikal di JB lagi, namun aku belum berkesempatan.
Kebetulan buat kali ke2?
Terkejut aku saat menerima perfeum itu. Erm.. mungkinkah…..?





AH!! Sudahlah.. itu hanya mainan perasaan. Razis & F bakal berbahagia kelak. Aku mendoakan yang terbaik buat kalian.





‘’ Ana jangan nak mengada-ngada Ok? Sekarang fokus dengan kerjaya baru ‘’ monolog aku sendirian.





3 Bulan berlalu…



Tahniah!!! Anda lulus temuduga spa & bakal menjawat jawatan baru di Putrajaya.

Ya Allah syukurku bukan kepalang. Tetapi apa pula kesudahan antara Razis dan F?

Razis membawa cintanya buat F ke putrajaya, Akan tetapi… Takdir tidak memihak kepada cinta mereka, F dan Razis tidak bersatu? Aku pelik & keliru, apakah makna disebalik semua ini ya Allah? Berikan aku petunjukmu… Aku sudah tidak tahan dituduh ‘perampas’. Hampir sahaja aku menyalahkan takdir. Kuatkan semangatku YA ALLAH. Aku muhasabah diri bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya…




“ Ana inilah yang dinamakan jodoh & takdir, Abang pernah berdoa agar ditemukan dengan wanita yang susah, agar abang dapat membantunya & muhasabahkan diri abang. Allah tautkan hati kita Ana.Mungkin kita cuba lari dari cinta, tapi andai sudah tertulis jodoh antara kita, kita tidak akan mampu lari, walau sejauh mana sekalipun… Biar ana di Johor, Abang di Putrajaya, kuat hati ini mengatakan Ana lah yang tercipta dari rusuk abang, bukannya F. Abang bawa cinta ini ke Putrajaya , abang ingtkan disini abang akan bersama F. tapi semakin lama, semakin jauh rasanya abang dan F. Puas abang tepis perasaan pada Ana, tapi abang xmampu. Entah kenapa Allah tidak menemukan jalan untuk abang bersama F sedangkan abang telah mencuba. Jujur abng memohon petunjuk dariNYA,DIA temukan abang & Ana dalam linangan airmata, Ana…. Biarkan orang berkata… Mereka berhak menghukum kita, mereka tak salah kerana mereka tak melalui semua ini. Tapi Inilah Jodoh & Takdir buat kita. Kita dipertemukan dengan linangan airmata… Abang tunggu Ana di putrajaya ye…”

Aku menangis dalam sendu… ya Allah kau telah perkenankan doaku. Kau telah menemukan aku dengan cahaya cintaku. Cukuplah acapkali hati ini disakiti. Kini aku temui kebahagiaan, Buat Razis, mungkin benar inilah takdir cinta kita, tapi jauh disudut hati kenapa terlalu banyak airmata yang tumpah? Berdosakah aku atas cinta yang terbina ini? Aku memohon petunjuk Ilahi, dan kali ini kuat naluriku berkata dialah arjuna buatku di dunia & akhirat. Tanpa sedar, rupanya pakcikku yang terpisah dengan ibu selama berathun-tahun lamanya rupanya berjiran dengan Razis,
kebetulan buat kali ke3?



Keluarga amat merestui hubungan kami. Saat kasih terpatri 080810, majlis merisik & 101010 majlis bertunang, aku dapat lihat sinar kebahagian di wajah ayah tiri dan bondaku & begitu juga ayah & bonda Razis. F sudah pun berkahwin.Hubungan kami kini baik, tidak dingin seperti dahulu. Z pula dengan kerjayanya… Namun sehingga kini aku masih dirantai rasa gelisah.. Aku telah menyebabkan airmata F & Z tumpah 1 ketika dahulu walau ini bukan pintaku :(







YA ALLAH andainya disini, dapat aku coretkan sedikit daripada liku percintaan antara aku dan Razis , aku redha ya Allah. Semoga insan di luar sana mengerti & maafkan aku andainya kalian rasakan aku yang bersalah… :(



Buat F, doa kami mengiringi kamu. Semoga berbahagia dunia & akhirat





Buat Z , semoga dirimu bertemu yang lebih sempurna dariku





Buat ayah kandungku… tidak rindukah dikau pada anakmu?Di mana agaknya dirimu setelah hampir 20 tahun kita berpisah.Mungkinkah Siti Farhana akan berkahwin dengan diwalikan olehmu atau ia hanya mimpi kosongku???... :(











" Andainya TAJ MAHAL menjadi saksi cinta Shan Jahan & Mumtaz PUTRAJAYA adalah lambang kasih abadi RAZIS & ANA"


*hanya sebahagian dari picisan kisah cintaku, masih ada yang tersembunyi... Andai tiba masa, anda pasti tahu nanti.. insyaAllah..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan

biarpun derita yg menjadi rintangan

ketulusannya yg tiada bandingan

tercipta ayu indahnya peribadi insan





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*xtually sy sgt xsangke dapat top 10, kalah menang adat bertanding kan?
dapat top 10 pun saya da bersyukur...

apapun TERIMA KASIH BUAT TUNANG TERSAYANG atas segalanya,even kita menang atau kalah nanti, saya tahu awaklah mutiara di lautan dalam :

'setiap hari abang hantar syg ke ofice, abang ambil sayang balik ofice walaupun jark rumah abg
& syg jauh, abang xnak syg susah naik bas, dari hari pertama lagi syg kerja kat sini...
kalau hujan, abng dah tunggu sayang dekat lif dengn payung sebb abng xnk syg basah
kawan-kawan tanye xbosan ke jumpa hari-hari?
kite jawab x.. malah kalau xjumpa sehari kite da risau,
kalau abang atau syg pergi kursus, kite saling xsabar nak tunggu pasanagn balik n makan malam sama-sama... :)
kawan-kawan kata kita pasangan bahagia, kita jawab amin :)

kalau sayang merajuk abang belikan coklat,
abang xpernah belikan mana2 perempuan bear, abang belikan syg sweety
syg perempuan pertama naik kereta abang, (eton tersayang)
bila sayang marah, abang xpandai marah, bila abg cuba nk marah, syg ketawa, sbb kelakar...nampk kekok sngt...
syg tak pernah jumpa lelaki yang xpandai marah, kalau abang dah kecewa sngt,abang akan nangis & nasihat syg... abang cakap kalau nak
jadi isteri yang baik jangan cepat marah
balik kerja kita sama2 uruskan bisnes doorgift kite, abg angkat kotak berat2,
tapi abng masih mampu senyum, hampir setiap hari.... macam tu, kadang-kadang abag xtdo siapkan tempahan pelanggan...sayang kesian tgk abang....
abang selalu pesan kat sayang,
' sayang romantik abang berpada selagi belum tiba waktunya'
sayang faham.. abang ... :)

~ Thanks kepada yang mengundi , jasa kalian hanya Allah yang mampu balas :)


p.s :


www.facebook.com/cstproduction



Jom join contest & like CSTPRODUCTION!!! the superb videography ever!!!

0 comments:

~ FA.RA~hana's CLICK ~